Pasar Serikin Sebagai Destinasi Pelancongan:di Sarawak


Destinasi Pelancongan: Pasar Serikin di Sarawak

 

Destinasi Pelancongan: SARAWAK:- Pasar Serikin 
Image
          AK baru-baru ini telah pergi bercuti juga bersama keluarga memandangkan cuti persekolahan hujung tahun. Kalau pada cuti bulan Jun lepas ke Sabah. Hujung tahun ini destinasi AK ialah bandaraya Kuching, Sarawak. Bandaraya ini adalah meninggalkan banyak memori buat AK kerana di bandar inilah AK dibesarkan dan disekolahkan sehingga berusia 18 tahun sebelum AK berpindah ke bandaraya minyak menjadi tempat penginapan tetap AK sekeluarga. Memang banyak perubahan yang ketara sejak meninggalkan bandaraya ini selama puluhan tahun. Bangunan sekolah rendah dan menengah lama AK pun dah tidak wujud lagi akibat kepesatan pembangunan yang memerlukan pengorbanan. 
 
 
          Ini adalah kali ketiga Ak kembali ke bandaraya Kuching ketika bercuti bersama keluarga. Kalau pergi sendiri atas urusan kerja sudah lebih sepuluh kali tapi tak ada masa nak jalan-jalan. Sememangnya tempat-tempat yang menjadi kegemaran para pelancong di Kuching ialah Pasar Serikin, Pasar Satok dan Jalan India Street.
            AK  sekeluarga pergi bersama dengan keluarga sebelah isteri AK. Ak bertolak dari bandaraya minyak Miri jam 5.30 pagi hari Sabtu dan sampai lebih kurang 9.00 malam di Kuching. Kalau hendak sampai awal pun  boleh sekitar jam 5 petang tapi dengan syarat tidak berhenti atau singgah sekitar bandar-bandar lain. 

 Image
            Al -maklumlah  AK dengan keluarga jadi terpaksalah melayan kerenah anak-anak dan ada bandar dan pekan disinggahi untuk mengisi perut. Jauh tu..lenguh dan mengantuk juga bawa kereta jarak jauh ..nasib baik ada “spare driver”..isteri ler..hi..hii.. Jarak perjalanan dari Miri ke Kuching lebih kurang 795km. Terdapat juga jalan-jalan lain dari Miri ke Kuching seperti jalan melalui bandar Sibu iaitu Jalan Lanang jika hendak singgah ke Sibu selain Jalan Durin. 
            AK menetap di hotel di tengah bandaraya Kuching. Pada hari Ahad AK sekeluarga terus bergerak ke Pasar Serikin sekitar jam 9.30 pagi..maklumlah badan letih kerana perjalanan jauh dan sarapan pagi di pasar Satok.(Memang tempat utama sarapan). Jarak dari tempat hotel AK ke Pasar Serikin,Bau (sebutan orang tempatan BAU’K) lebih kurang 53 km dan sepatutnya memakan masa selama 45-hingga 50 minit. Pasar Serikin bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. AK  agak lewat sampai ke Pasar Serikin kerana banyak kenderaan menuju ke arah yang sama dan menyebabkan kesesakan. AK tiba hampir jam 11 pagi. Keadaan memang sesak dengan kenderaan serta orang ramai yang berbagai bangsa termasuk pelancong luar negara.
Image

Image 

ImageImage

 ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage


            Satu lagi kalau dah lambat sampai tu..masalah nak cari tempat letak kereta lagi satu hal. Terpaksalah AK letak kenderaan AK di kawasan perkarangan rumah penduduk setempat dan kena cas ‘parking’ RM2. Pandai penduduk di situ cari pendapatan lebih. Sekarang ni semua kena bayar. Dari apa yang AK perhatikan semasa lawatan AK yang pertama dan kedua di Pasar Serikin dulu, memang banyak berubah. Semakin panjang pula kedai-kedai sampai AK pun tak sampai ke hujung. Cuaca memang panas giler. Bagi sesiapa yang nak melancong ke situ, kena sediakan payung. Kalau tak nak pakai payung belilah topi yang melambak-lambak dekat situ. Peniaga kebanyakannya peniaga Indonesia dan ada juga peniaga tempatan seperti di kantin atau gerai makanan.Pandai-pandailah memilih kedai. Kebanyakkan barang-barang pun beraneka jenis dari barangan kanak-kanak hingga orang dewasa. (rujuk gambar). Tentang harga pula, pandai-pandailah tawar menawar. Sesiapa yang pakar kaki tawar menawar memang dapat harga yang murah. AK memang juga beli  2,3 jenis barang yang ada di situ pasal barang-barang tersebut sukar nak cari. 

 

 

 


         Lebih kurang satu jam lebih berada di Pasar Serikin. Bagi yang bercuti ke Kuching Sarawak, destinasi ini tidak harus dilupakan. Dalam perjalanan balik kami sempat singgah di Taman Riadah Dinasour dan Gua Buatan. Apa yang menarik dalam gua buatan ialah terdapat keris besar(gambar bawah) dan batuan serupa tempat singki yang terbentuk secara semulajadi. Dan sebelah hujung sedikit dari Taman Riadah pula ialah gua dinamakan Cave Temple . AK pun ambil peluang naik ke gua tersebut.(rujuk gambar bawah). AK juga pergi kawasan Gua Angin (Wind Cave) tetapi tak masuk..pasal dah penat.

        














 
 
 
Advertisements